Thursday, April 12, 2012

Petir, Petir please GO AWAY!

Sekitar pukul 8 malam tadi, bunyi petir dan guruh sabung menyabung. Help! help! Saya takut petir. Sungguh! Rasa nak nangis. huhu. Semalam pun petir. Harinie bunyi petir jew kedengaran. Tak tenteram hidup dibuatnya. Takde mood buat asgnmts disebabkan bunyi petir yang menggila. Dengar lagu tak lalu. God, apa yang harus kulakukan? Nak keluar lepak kat mamak terpaksa ditunda. Tunggu...tunggu...tunggu...reda juga akhirnya. Yes! Mulalah hantar mesej kat kawan.

geng, hujan dan petir reda dah. Jom! 


hehe. bersiap bersiap dan bersiap. Sesampainya di mamak, dummm...dummm...dummm. wah! bunyi apa tu ye? huhu. Serupa bunyi meriam. Alamak! Petir lagi. Terperangkap dah ni. Sampai bilakah bunyi petir ni nanti? sungguh rasa nak nangis! Order roti planta dan teh O panas. Takda mood nak makan. Fikir macam mana nak balik nanti. Dah la semua lelaki kat mamak. Oh My God. Menyesal pulak ajak kawan lepak kat mamak tadi. :( 

geng, jom balik. Redah je petir dan hujan ni. 


Sangat berani saya ni. Saya pulak ajak kawan redah hujan dan bunyi petir yang menggila tuh. Tak nak tunggu lagi. Redah...redah...redah...terkejut sakan! Ternampak sesuatu yang meloyakan tekak. Dushhh! tak malu betul bermesra-mesraan di tempat awam macamtue. Dah la petir tengah menggila. Dahsyat betul pasangan ni. Bermanja-manjaan tak kira keadaan. Sehidup semati? erkk? werkk...muntah! Okeh. Abaikan pasangan tuh.

Akhirnya, selamat sampai di rumah dalam keadaan basah-basahan. Thanks God. Sekarang tengah update blog dan online facebook. Selamat malam, mimpi indah ye :)

Wednesday, April 11, 2012

dear FUTURE HUSBAND.

Sebelum tidur malam, selalu berangan memiliki pasangan hidup yang baik. Alangkah indahnya hidup andai disatukan dengan insan yang berhati luhur, baik, penyayang dan sebagainya. Saya pasti itu impian terindah bagi setiap gadis. Entah mengapa bila terfikir pasal teman sehidup semati, saya jadi takut. Takut tidak mampu menjadi permaisuri hati suami yang sempurna. Takut arjuna hati...

Dear future husband,


I need someone who will love me regardless of my past. I need someone to help me not regret what I did everyday of my life and help me forget and I need the someone to be you.

I know you are out there somewhere. I’ll be waiting for you. Forever if I have to.

I’m hoping that God will revel you to me soon because I need you and I know that I must seek God more in order for you but its hard. 




Semoga disatukan dengan insan yang mampu menjaga hatiku, menjaga keluargaku, dengan sebaiknya. :)

duhai payungku sayang

Alkisah tiba-tiba teringat pada payung-payungku yang selalu menghilang. uhhh. Malang nasib payung-payungku. Setiap sem hilang! Sebenarnya tertinggal di mana-mana jew. Cuainye tuan payung nih. Boleh je tertinggal payung dalam bas, bilik kuliah, kedai, cafe. hurm...kenapalah aku ni terlupa bebeno? Kesian kot kat payung-payung comey ku tuh. Ok. Kenapalah malam ni aku teringat kembali kat payung-payung tu ye? Selamat tinggal payung. Semoga baik-baik je di samping tuan baru ataupun tong hijau. 


Tsunami Lagi!

Tepat pukul 4.30 petang tadi, kepala berasa bergegar. Terus digoyang-goyang kepala. Mungkin pening! Online facebook, Oh My God! Ramai rakan facebook post status berkenaan Tsunami di Acheh. Ada yang post rasa bergegarlah, bergoyanglah dan sebagainya. Aku yang tengah syok layan cerita Bella Callamidades keluar masuk bilik. Takut! huhu! berjalan mundar mandir di bilik, berpeluh je. Online facebook dah tak berminat. Nak p kfc ngan kawan terpaksa ditunda. Lepas pray, hati pun menjadi tenang. Thanks god. 

Antara post yang dibaca dari facebook:



Difahamkan bangunan sekitar kolej KHAR/KUO juga turut menerima gegaran kesan daripada gempa di Acheh sebentar tadi. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN..


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
Astarfirullah..



Info dari Student Malaysia di Acheh

Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.

TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)


‎8.7 quake off Indonesia. Tsunami watch for entire Indian Ocean. - Stay away from the beach, tsunami warning for Penang, Kedah, Perlis, Perak. #prayforeveryone



Pelajar di sekitar kolej KHAR, KUO,(termasuk saya) panik sebentar tadi akibat bangunan kolej kediaman mereka bergegar..Semua pelajar di arahkan turun untuk langkah keselamatan,,,

Gegaran ini berpunca daripada Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia

Semoga semua dalam keadaan selamat..AMIN..




Semoga semuanya baik-baik sahaja. Pray for everyone. Amen. 

Monday, April 9, 2012

hai hai hai

fuh fuh fuh! berhabuk dah blog ni. Penat menyapu dan mengemas. hehe. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Kini saya sedang cuti pertengahan semester. Bulan April dah. Berapa bulan blog tak berUpdate? sibuk sangat sejak akhir-akhir ini. Assignments, proposal tesis sikit je dah jalan. Terlibat pulak dengan drama untuk kursus minor drama dan amali seni lakon. Mikro-teaching, makro-teaching! ahh. padat jadual sem ni. Semoga segalanya dipermudahkan. :)