Wednesday, April 11, 2012

Tsunami Lagi!

Tepat pukul 4.30 petang tadi, kepala berasa bergegar. Terus digoyang-goyang kepala. Mungkin pening! Online facebook, Oh My God! Ramai rakan facebook post status berkenaan Tsunami di Acheh. Ada yang post rasa bergegarlah, bergoyanglah dan sebagainya. Aku yang tengah syok layan cerita Bella Callamidades keluar masuk bilik. Takut! huhu! berjalan mundar mandir di bilik, berpeluh je. Online facebook dah tak berminat. Nak p kfc ngan kawan terpaksa ditunda. Lepas pray, hati pun menjadi tenang. Thanks god. 

Antara post yang dibaca dari facebook:



Difahamkan bangunan sekitar kolej KHAR/KUO juga turut menerima gegaran kesan daripada gempa di Acheh sebentar tadi. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN..


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
Astarfirullah..



Info dari Student Malaysia di Acheh

Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.

TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)


‎8.7 quake off Indonesia. Tsunami watch for entire Indian Ocean. - Stay away from the beach, tsunami warning for Penang, Kedah, Perlis, Perak. #prayforeveryone



Pelajar di sekitar kolej KHAR, KUO,(termasuk saya) panik sebentar tadi akibat bangunan kolej kediaman mereka bergegar..Semua pelajar di arahkan turun untuk langkah keselamatan,,,

Gegaran ini berpunca daripada Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia

Semoga semua dalam keadaan selamat..AMIN..




Semoga semuanya baik-baik sahaja. Pray for everyone. Amen. 

No comments:

Post a Comment