Saturday, December 3, 2011

Happy Birthday Hubby 

Happy Birthday syg!
ucapan tulus ikhlas khas untuk hubby melalui laman muka buku
28 November 2011 genap umur hubby 21 tahun. Semoga dia senantiasa gembira dan tenang melalui kehidupan. Semoga juga dia senantiasa diberkati Tuhan dalam segala apa jua yang dia lakukan. Selamat menyambut hari tuamu syg! Senyum-senyum selalu! (:

Saturday, November 26, 2011

WONDERFUL BIRTHDAY 2011

I love u hubby :)
with him :)
thanks for the cute cake hubby :)
hi :)
me :)
my 2nd beautiful cake! a great surprised from pat, pp and nia. love them :)
I'm 22 years old :)
thats me :)
with ar, setiri and elem :)
my first nice cake. luv it! thanks elem, setiri and ar :)
13 Oktober 2011, umurku genap 22 tahun. Dah tua ke? Ke comey lg? hihi. Sangat bersyukur kerna diberi kesempatan untuk menghirup udara ciptaan-Nya. Thanks god! Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang wishes hari tu. Sangat-sangat menghargai tau! Semoga kita semua sentiasa diberkati Tuhan dalam setiap apa yang kita lakukan setiap hari. Semoga juga sentiasa diberikan ketenangan walaupun terpaksa berhempas pulas dengan tugasan di kampus. Semoga Berjaya dalam hidup ye kawan-kawan J

Ulang tahun kelahiran kali ini membuat aku sangat terharu! Kali ini aku dapat 3 biji kek yang cute-cute. Cantek molek! My fren is so sweet! They are really good liar u knoe! Hahhaaa Yawww! What a great surprise dear fren! Tak nak cerita panjang-panjang. Just tengok gambar-gambar yerrr J

First, Birthday disambut bersama roommate, elem dan jiran, setiri n ar. Thanksss so much frenz! Luv3! Thanks for the nice cake! Second, birthday party disambut bersama my BFF, Pat, pp and nia. Thanks for the beautiful cake! Love them so much!!! I’m really really surprisedddd! Thanks a lot dear fren! Muahhh ! and lastly, birthday disambut bersama cinta hatiku. Hehehe. Thanks for the cute cake hubby! I love u wholeheartly! Thanks for the really really gorgeous necklace. Luv it hubby!

Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir

malam persembahan membaca puisi mengenang kembali tokoh-tokoh pahlawan Perak yang terpinggir
bersama guru-guru Sk. Toh Johan, Taiping
bersama Ain di Safari Night Taiping
:)
bersama mak dan adik angkat :)
paling best time ni. makan makan makan!
wif reenu, kin & komate :)
mak cik & pak cik saya :)
Bersama mak, ayah angkat & adik angkat, Ain :)
Kenangan bersama mak & ain :)

Pada 14-16 Oktober yang lalu, kami pergi ke Trong, Taiping, Perak untuk menghadiri Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir yang bertempat di SK. TOH JOHAN, TRONG, TAIPING. Seramai 79 orang pelajar mengikuti program tersebut ( Major dan minor Kesusasteraan Melayu ). Saya merupakan pelajar minor sastera dan berkesempatan mengikuti program yang sangat bermakna ini. Kami diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing sesampainya di sana. Memang terujalah sebab dapat mak dan ayah angkat kan? Hehe. Hanya 2 orang pelajar ditempatkan dalam satu keluarga angkat. Mak dan ayah angkat saya sangatlah baik. Adik angkat saya ialah Ain. Hehe. Memang seronok sangat dapat keluarga angkat yang baik hati dan penyayang. Hari pertama sampai sana keluarga angkat bawa jalan-jalan di Bandar Taiping. Singgah di Safari Night Taiping lagi tu. Ayah angkat yang belanja. Rasa seronok sangat. Rasa macam mak dan ayah sendiri pulak! Lepas tu, mak dan ayah belanja makan pulak. Pekena Yong Tau Fu, kerang rebus dan ABC special la pulak! Sedap sangat! Kami borak-borak la. Mak dan ayah angkat saya mesra sangat tau. Rasa tak kekok pulak even first time jumpa. Lepas tu, barulah kami balik rumah. Pukul 12 lebih balik rumah. Sampai rumah hamper pukul 1 pg. memang best la.

Hari kedua kami banyak menghabiskan masa di Dewan SK TOH JOHAN untuk menghadiri seminar. Dari pagi sampai petang kot. Boring la jugak. Tambah mengantuk tahap apa ntah. Haha. Apa lagi? Saya dan ain balik je rumah keluarga angkat. Makan. Pastu tido. Haha. Jahat kan? Malam tu ada Malam Semarak Seni pulak di SK TOH JOHAN. Malam persembahan pelajar UPSI dan penduduk Trong. Kami mendeklamasikan sajak bertemakan tokoh-tokoh Perak yang terpinggir manakala penduduk Trong membuat persembahan seperti nyanyian, tarian dan mendeklamasikan sajak. Memang hangat la Malam Semarak Seni hari tu!

Hari ketiga kami melawat tempat-tempat bersejarah di Trong, Perak. Antaranya, makam Toh Johan, muara Sg. Trong, Sg. Limau. Paling best, kami dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin. Hehe. Jadi, kami tak mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata. Setiap masa ambik gambar untuk kenang-kenangan di hari tua kelak. Best giler la Bandar warisan ni. Lain kali nak singgah lagi bila berkesempatan. Kira-kira pukul 2.30 petang kami bertolak balik ke kota keriangan Tg. Malim. Penat tak terkata tetapi kami gembira kerana diberi peluang menyelusuri Bandar warisan ini. Banyak pengalaman yang berguna telah kami perolehi sebagai bekalan semasa menjadi warga pendidik kelak. Semoga lambaian bumi Taiping akan membawa kami kembali ke sana nanti. Terima kasih tak terhingga kepada Prof. Talib Samat selaku pensyarah subjek Prosa Melayu atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Sesungguhnya , saya amat mengagumi jasa beliau sebagai tokoh pengarang yang telah banyak menghasilkan buku-buku yang sangat beguna khasnya kepada kami sebagai bakal pendidik kelak. Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat mencontohi beliau.

*Ketika entri ini ditulis, saya sangat merindui mak dan ayah angkat saya di sana. Semoga mereka sihat senantiasa dan dimurahkan rezeki*

Saya Kembali lagi dengan senyuman bahagia :)


Hai! Lama sudah tak update blog ni. Sibuk memanjang dengan assignments kan! Huhu. Semuanya gara-gara assignmts, tak sempat la nak update. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Banyak cerita yang nak dikongsikan bersama sebenarnya. Sangat banyak. Tak tau nak cerita yang mana satu dulu. Hehe. Jap g ek nak story mory kisah kite beberapa bulan lepas J. Banyak kisah yang menggembirakan, menyedihkan telah berlalu dalam hidup. Hargailah apa yang kita ada hari ini kerana kita berkemungkinan akan kehilangan apa yang kita ada buat selama-lamanya esok hari. Senyumlah kawan-kawan agar hidup lebih bermakna :)

Sunday, October 9, 2011

I got the cutest one ( limited Edition )^^



Syukurlah. Tercapai juga hasrat di hati. Happy sangat2 tau. Nak tau saya beli ape? Hehe. Saya beli henset baru. Sony vivaz u5. Saja nak heboh kat sini. Hehe. Dari sem lepas minat giler kat henset ni tau. Hari tu tak tahan sangat tengok henset ni, pastu beli with my hubby laa…hehe. Beli kat Low Yatt. Beli time jalan-jalan ngan hubby minggu lepas ( 1 oct 2011 ). Jatuh hati sangat2 kat henset ni, dah la pink in colour. Adesss…tak nak la pikir panjang lagi. Beli je la. Tak mahal mana pun…dah keja nnt nak juga beli Iphone satu. Hehe. Mula la sakai bila ada henset baru. Biasa la kan. Haha…ok nanti sambung citer balik. Nak wat keja skit. Bubye~

Saturday, October 8, 2011

Saya rasa sangat bersalah


Semua tak jadi. Serba tak kena. Saya tak tentu arah hari ini. saya rasa sangat bersalah. Tolong maafkan saya hubby. Janji tak buat lg.

Friday, October 7, 2011

Saya PENAT


Selamat malam kawan-kawan J

Moga sihat-sihat semua ye. Lama dah tak jenguk blog ni. Rindu rasanya. Semuanya gara-gara kesibukan, biasalah student life kan? Banyak sangat assignment yang perlu disiapkan ketika ini. Penat sangat Pening dibuatnya. Huh! Sabar je la…nak buat macam mana kan? Nak tak nak kena siapkan jugak. Sekarang tengah cipta sajak tau. Pasal Toh Johan. Kenal tak Toh Johan? Hehe. Aku baru kenal la. Itu pun Pensyarah yang bagi serba sedikit maklumat. Toh Johan merupakan seorang pahlawan daerah Trong suatu ketika dahulu. Daerah Trong tu di Perak yerr…hehe. Alahai, tengah memerah otak ni. Idea tak muncul-muncul la pulak. Okay. Nak beredar dulu la. Jumpa lagi J

Monday, September 26, 2011

saya sengal hari ni


hai kawan2! semoga sihat2 yah. saya nak kngsi citer ngan kawan2 semua kisah sengal saya hari ni. ( 26 Sept 2011 ). Saya sangat mengantuk hari ni tau. Kelas sgtlah tak padat yer...hahah. Semput skit la hari ni. Berkejar ke sana ke mari. Penat. huhu. Mana taknya. klas dari pukul 8am--->7pm. hampir 12 jam kot. Penat giler tambah mengantuk tahap apa ntah. Tersenguk2 kot. Haha. Jadi, saya dan sorang kawan ni buatlah satu game. Main BINGO. Korang pon pasti pernah main kan? hahaa. Jadi, rasa mengantuk pun hilang. hehe. Lect sdg sibuk di depan saya tengah syok di belakang main BINGO. haha. Memang otak tak dpt terima la dari pagi smpai petang dengar lect membebel. Langsung tak masuk! Tu la pasal sengal skit la nak wat assgnmt yg satu ni. okay. setakat ni dulu yg saya nak citer. Take care ya! :)

Sunday, September 25, 2011

Pinky Bag!

Ini beg saya punya la. Tak nak sama ngan org lain. hihi. sangat cute beg ni. Nak beli lah ;)

I luv Korean Trendy Clothes









Hai. Saya dtg lg! Kali ni post pasal pakaian pilihan saya pulak. cantik2 kan? Ramai gadis sekarang memilih trend berpakaian style Korean. Rambang mata saya tengok baju2 kat atas tu. hihi. kawan2 pilihlah mana satu yang berkenan di hati yer. Good night :)

Wajah-wajah kekasih saya :)

comot kn muke bby bear ni kan kan? heheh...aku beli masa sem 1. Aku bg pendrive pakai smpai skrg. kesian baby comot.:) cayang sgt!
ni pulak bantal peluk sy. hehe. beli sem lepas di Cameron Highland. Jadi bantal busuk dah. hehe. cayang sgt!
ni baby comey sorang lg. comey x? hehe. hubby bg ni. tak ingat r bila dia bg. sem 1 kot. hehe. cayang sgt!
ni sorang lg baby tomey! hubby bg masa valentine's day sem lepas ( sem 3 ) 14.2. 2011. cayang sgt!
ni mmy baby yg comey2 tuh. hehe. hubby bg jgk ni. comey tak? mestilah comey kan2? cayang sgt!
ni tabung pinky yellow saya! comey kn? heheh. beli masa balik dari Sarawak hari tu. cayang sgt!




comey tak wajah kekasih2 saya? korang pn mesti ada kekasih2 macam saya punye kan? ceciter ngan saya k. saya sgt cintakan kekasih2 saya ni. Saya sgt adil dlm mencintai mereka. Bagaimana pulak dgn sahabat2 semua? okay. saya keluar dulu dari blog ni. sambung wat assgnmt kesayangan saya. jumpa lg!

Bila Internet Bermasalah

dush! bila tenet wat hal, aku pon wat hal jugak. slow giler! geram r. nak wat asgnmt pon xleh. 3hari dah tenet jadi siput. siput laju lg kot. pls la pkcik...jgn la mcm siput yer...nnt kena tendang oleh cik2 rumah 8-2A ni. okay. saja je nak mengadu tenet kat umh sy sgtlah slow! bubye~

Itu RINDU namanya


Rinduku bagai membungkam seluruh ragaku membuat aku terhenti untuk menghela walau sekalipun

Sungguh! itu rindu yang sungguh mendera!

Segenap jiwa merasainya.

Rawatlah rinduku wahai kekasih!

Kau yang bernama kekasih, kau mengerti?

Keluh kesah nadi, bicara si hati?



: Sajak ini ku cipta khas untuk sang perindu dan mengertilah aku juga salah seorang insan yang tidak jemu merindu :

Saturday, September 24, 2011

Berlambak lah beb!


Hai Kawan-kawan! Semoga sihat-sihat hendaknya dan laluilah hari-hari dengan senyuman ye ;)

Saja nak mengeluh dan merungut di blog ni. Sekarang ( dah nak masuk minggu ke3 kuliah sem ni ), sangatlah banyak assgnmt ye! Tersangatlah! hu hu. Saya memang tak suka tapi terpaksa suka. Saya memang tak nak buat tp terpaksa juga! memang sengal la buat keja dlm terpaksa. 1 subjek ada 3-4 asgnmt. sem ni aku ambik 6 subjek. Agak2 brpa sudah asgnmt sy? ngeeee~~~

Ada sapa2 ke nak tolong? he he! saya sekarang sedang bersantai tau. tengok movie dari semalam lg. mcm xde asgnmt kn? tak pe ah. janji CERIA!

~JUMPA LAGI~

Saya Kakak Bukan adek ;p


Teringat la kisah yang comel ni. he he. Kelas pertama untuk Semantik dan Pragmatik ( 15 september ) bersamaan dengan hari khamis. 102 orang pelajar untuk kelas ini. Tersangat ramai kn? Sebab ramai pelajar minor Bm dalam kelas ni. Pelajar major sikit je kot. Ada beberapa orang sahaja termasuk saya. Masuk je kelas duduk di belakang sekali, langsung tiada kekosongan KERUSI di depan yer. Alahai...nasib aku la duduk di sebelah mamat sorang ni. Sabo jer la. Dah la kls 3 jam. Adalah seorang mamat ni, tak tau la course apa, terlebih mesra pulak dia...

: Adik ni sem 1 ke?
( gulpp...dia ingt aku sem 1? tulung la...hahha...aku sem 5 tau ;p)
bukan la. sy sem 5.
( dengan selamba aku menjawab sambil menekan setiap patah kata yg aku cakap haha )
: ye ke? saya sem 3. jd, awk ni kakak lah?
( dah terang2 sy ni tua dari dia, tanya lg. ape la. bengang tol r dah lah panas dlm kelas masa tu )


p/s: sy bukan adek awk okay. Saya kakak awk la adek ;p

Resepi Tradisi: Manok Pansoh ( Ayam Pansoh )






Pemanis kata saya ucapkan selamat malam. Semoga ceria-ceria selalu!
Sekian lama ak update blog. Terasa rindu pulak! Adanya masa terluang begini saya sempat juga jenguk2 blog. Mencoret sepatah dua kata. he he. Kali ini, saya nak berkongsi resepi tradisi saya bersama sahabat2 semua. Ayam Pansoh yang pastinya menambahkan selera anda!

Ayam pansoh atau ayam yang dimasak dalam buluh merupakan makanan tradisi turun temurun kaum Dayak di Sarawak khasnya masyarakat Iban dan Bidayuh. Masyarakat Iban dan Bidayuh gemar membuat ayam pansoh ketika musim perayaan iaitu Hari Gawai iaitu pesta selepas menuai padi. Resepi ayam pansoh merupakan masakan yang sangat terkenal di Sarawak. Buluh yang digunakan untuk memasak ayam tersebut memberikan satu cita rasa tersendiri yang menyebabkan kaum Dayak ini tidak pernah jemu menikmatinya. Ayam pansoh sesuai dimakan ketika sarapan pagi, makan tengahari dan malam. Ayam pansoh sangat sedap dimakan bersama nasi pulut atau lemang. Kini, resepi ayam pansoh dimasak oleh pelbagai kaum di Malaysia. Cara masak ayam pansoh ini lebih kurang sama dengan memasak lemang.

Bahan-bahan untuk membuat resepi ini tidak sukar utuk dicari. Hal ini menyebabkan kita mudah untuk membuatnya pada bila-bila masa sahaja. Antara bahan yang digunakan ialah ayam, bawang putih, bawang merah, halia, bunga kantan, daun ubi, garam, serai dan buluh yang cukup matang. Biasanya, buluh yang sederhana besar memerlukan seekor ayam yang tidak sederhana besar, 2 hingga 3 batang serai, sebiji halia, 6 ulas bawang putih, 4 ulas bawang merah, daun ubi yang telah digosok, 2 batang bunga kantan, dan garam secukup rasa. Bawang putih, bawang merah, halia, serai, dan bunga kantan yang telah dikupas tersebut ditumis bersama sehingga lumat.

Selepas semua bahan tersebut ditumis bersama, ayam yang telah dipotong diperap bersama-sama bahan tersebut selama 30 minit. Kemudian, daun ubi yang telah digosok dengan tapak tangan dimasukkan ke dalam ayam yang telah diperap dan gaulkan bersama. Selepas itu, ayam yang telah diperap dan dicampur dengan daun ubi yang telah digosok dimasukkan ke dalam buluh. Semasa mengisi ayam ke dalam buluh, hentakkan sedikit buluh tersebut supaya ketulan ayam turun ke bawah. Pastikan buluh tersebut tidak terlalu penuh. Kemudian, tuangkan sedikit air ke dalam buluh da tutupkan mulut buluh dengan daun ubi yang telah disimpul. Bakarlah selama lebih kurang 1 jam untuk menghasilkan ayam pansoh yang sempurna. Selepas 1 jam, ayam tersebut sedia untuk dihidangkan.

Sebagai rumusannya, tidak terlalu sukar untuk membuat resepi ayam pansoh ini kerana hasilnya pasti akan memuaskan. Ayam pansoh adalah makanan yang perlu dirasa apabila berkunjung ke Sarawak. Resepi ini tidak terhad kepada memasak ayam sahaja tetapi pelbagai makanan boleh dimasak di dalam buluh. Contohnya, udang, ikan sotong dan sebagainya.

: Selamat mencuba ye sahabat! :