Wednesday, July 11, 2012

kehidupan di SM SAINS TAPAH

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan @ 4 minggu menjalani latihan mengajar di SM SAINS TAPAH. Dugaan, cabaran memang banyak la, tak tau nak kata apa. Sabo je la kan? Hari pertama di sini, not bad la, semua ok, guru-guru semua baik, peramah dan tidak lokek memberikan tunjuk ajar dan ilmu. Murid-murid pula baik-baik semua, peramah dan yang paling penting, sangat berdisiplin. Kecut perut tengok! Belum lagi masuk kelas. Haaa…ok, first day ( 25 Jun 2012 ), masuk bilik PK 1 dan terus diberikan jadual waktu mengajar, 14 jam dalam seminggu. OMG! Ajar BM untuk form 2 dan form 4 dan Sivik form 4. Pengsan! Hahaha. Masih ingat lagi kata-kata PK 1 first day kat sekolah:


“ Kamu semua jangan takut, student semua ok. Kamu buat yang terbaik, kamu harus berasa seronok mengajar, bila kamu seronok, kamu tidak akan berasa terbeban dan enjoy”.

Ok. Mesti rasa seronok ye!

Lepas tu, tanpa segan bertanya “cikgu, hari ni kena masuk kelas ke?

ye. Kamu kena masuk kelas. Ikut jadual yang kamu dapat tadi

errr….cikgu, kami tak ready lagi…rph tak buat lagi

Ok. Saya yang cakap tu. Tanpa segan mengaku tak ready lagi nak ngajar.haha

tak pa. masuk je kelas. Kamu ajar apa yang patut”.

Gulppp! Seriously takut dan tak ready lagi. Macam mana ni?
Kelas pertama yang aku masuk ialah tingkatan 2 Ixora. Dup dap dup dap. Makin menghampiri kelas makin tak keruan jadinya. Masuk je kelas, aku tergamam la sebab student ingat aku orang Islam, jadi diorang bagi la salam. Kecut perut aku. Haha. Hanya mampu tersenyum padahal kaki rasa bergegar. Lepas tu, sesi berkenalan pun bermula.

Memandangkan cikgu baru kat sini, cikgu mahu berkenalan dengan kamu semua. Boleh tak?”
“bolehhhhh”. Serentak mereka jawab. Macam teruja jer. Hahaha…

“kamu mahu cikgu perkenalkan diri cikgu dulu ke kamu yang perkenalkan diri kamu dulu?”

“cikguuuuuuuuuuuuuuuuuu”.

Haha. Menyesal tanya.

“baiklah, nama cikgu Emilya. Cikgu berumur 23 tahun, berasal dari Sarawak, cikgu beragama Kristian”

Murid-murid senyum dan gelak. Haha, mereka ingat saya orang Islam. Ok, lepas tu macam-macam lagi soalan cepumas yang mereka tanya. Jenuh la menjawab.

“cikgu dah kawen ke belum?, cikgu minat K-pop tak? Cikgu minat kaler ape? Cikgu makan ulat sagu tak?

Hahaha. Bermacam-macam lagi soalan yang mereka tanya. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka baik, peramah dan berdisiplin. Pandai juga tu. Biasalah, pelajar berasrama penuh katakan. Hari pertama mengajar, saya tak tahu nak ngajar apa, buku teks pun belum ambik lagi, last-last ngajar komsas. Haha, prosa tradisional “Raja Muda”. Di bawah ni gambar pertama yang saya ambik pertama kali masuk kelas 2 Ixora.




Petang tu pulak, sesi mengangkut barang dari rumah sewa ke asrama ( rumah warden ). Kami mengambil keputusan untuk tinggal di asrama untuk memudahkan lagi urusan di sekolah. Rumah yang sangat besar untuk 4 orang je. Haha, 3 bilik. saya duk kat bilik tengah. Syok la bilik besar gedabak. Ruang tamu pun besar. Untung la…tak bayar walau seposen pun tinggal kat sini. J Inilah gambar rumah kami, hehehe


 

Saturday, June 23, 2012

selamat datang ke Tapah

Lama sudah blog tak berupdate, rindu juga nak coret-coret ka sini. Hehe. Hari ni bertolak ke Tapah, jadi warga Tapah buat seketika la. Ehehe. Bertolak dari Tg. Malim kira-kira pukul 2 petang macam tu. Sampai di Tapah pukul 2.45. kejap je kan. Ingatkan jauh. Dah la driver tu garang. Ahahaha. Jangan marah. Sampai je pekan Tapah, terus mencari kedai menjual tilam. Lama juga pusing-pusing tapi tak jumpa. Last-last jumpa la jugak. Huh. Lepas beli tilam, cari pulak meja. Pusing-pusing last-last takde yang berkenan. Nak cari meja biasa je pun. Ok, abaikan dulu la misi mencari meja, esok lusa je la sebab cik abg nak balik KL kejap lagi. Uhuhu. Lepas tu cari barang keperluan yang tak sempat dibeli di TM. Selesai dah semua, berhenti makan jap. Cik abg lapar la pulak. Kesian. Hehe

Lepas makan, misi mencari rumah sewa pulak. Alamat dah ade, tapi nak cari sangatlah susah. Hoho. Seriously, sejam lebih pusing-pusing, jelling-jeling pekan Tapah tu. Cik abg mula la bengang. Nak buat macam mana kan, first time datang. Pastu call rumet, berkali-kali call rumet Tanya rumah sewa kat area mana. Masih juga sesat. Adoiiii…nasib badan la. Aku yang tak drive nie pulak terasa sangat penat, apatah lagi orang yang drive. Wakakak. lepas asyik sesat, barulah jumpa rumah sewa tu. Masuk bermacam-macam lorong kot. Sampaikan masuk ke kawasan perkuburan. OMG!

Syukurlah…akhirnya sampai juga ke rumah sewa yang berwarna oren. Hampir pukul 6 petang barulah sampai. Hehehe. Thanks god! rumah sewa ok jer cuma kosong. Perabot, kipas, tilam semua takde. Esok shopping kipas dan almari la pulak. Hoho. Habis la duit. Apa-apapun, selamat berpraktikum kepada kawan-kawan khasnya kawan-kawan AT05. Buat yang terbaik ye, yakin boleh! Kita mampu melakukan yang terbaik terbaik.

Friday, May 11, 2012

Happy Mother's Day Mak

Berada jauh di perantauan sangat menguji aku sebagai seorang anak yang manja dalam keluarga. boleh dikatakan setiap hari bergayut di telefon dengan mak dan ayah. sayu rasa hati bila berasa sedih, sesuatu menggangu fikiran, mak dan ayah tiada di sisi sebagai peneman setia. memang tangisan menjadi peneman. esok hari ibu. tapi, anak mak berada jauh dari mak. sedih. sedih. sedih. hanya ungkapan di kejauhan mampu anakmu beri. Selamat Hari Ibu, Mak. sesungguhnya, mak adalah insan terbaik yang hadir dalam hidupku. mak cukup sempurna di mata dan hatiku. walaupun mak jauh di mata, namun mak tetap di hatiku dulu, kini dan selama-lamanya. Terima kasih mak kerana berjaya mendidik anak mak dengan baik sehingga ke saat ini. Segala nasihat yang mak berikan akan tersemat utuh dalam ingatan. Akanku janjikan segulung ijazah buat mak dan ayah setahun akan datang. May God Bless You always mak. Anak mak senantiasa berdoa untuk mak dari jauh. Salam sayang dari anak mak yang sedang merindu. Selamat Hari Ibu, mak. Aku kagum punya ibu seperti mak.

Thursday, April 12, 2012

Petir, Petir please GO AWAY!

Sekitar pukul 8 malam tadi, bunyi petir dan guruh sabung menyabung. Help! help! Saya takut petir. Sungguh! Rasa nak nangis. huhu. Semalam pun petir. Harinie bunyi petir jew kedengaran. Tak tenteram hidup dibuatnya. Takde mood buat asgnmts disebabkan bunyi petir yang menggila. Dengar lagu tak lalu. God, apa yang harus kulakukan? Nak keluar lepak kat mamak terpaksa ditunda. Tunggu...tunggu...tunggu...reda juga akhirnya. Yes! Mulalah hantar mesej kat kawan.

geng, hujan dan petir reda dah. Jom! 


hehe. bersiap bersiap dan bersiap. Sesampainya di mamak, dummm...dummm...dummm. wah! bunyi apa tu ye? huhu. Serupa bunyi meriam. Alamak! Petir lagi. Terperangkap dah ni. Sampai bilakah bunyi petir ni nanti? sungguh rasa nak nangis! Order roti planta dan teh O panas. Takda mood nak makan. Fikir macam mana nak balik nanti. Dah la semua lelaki kat mamak. Oh My God. Menyesal pulak ajak kawan lepak kat mamak tadi. :( 

geng, jom balik. Redah je petir dan hujan ni. 


Sangat berani saya ni. Saya pulak ajak kawan redah hujan dan bunyi petir yang menggila tuh. Tak nak tunggu lagi. Redah...redah...redah...terkejut sakan! Ternampak sesuatu yang meloyakan tekak. Dushhh! tak malu betul bermesra-mesraan di tempat awam macamtue. Dah la petir tengah menggila. Dahsyat betul pasangan ni. Bermanja-manjaan tak kira keadaan. Sehidup semati? erkk? werkk...muntah! Okeh. Abaikan pasangan tuh.

Akhirnya, selamat sampai di rumah dalam keadaan basah-basahan. Thanks God. Sekarang tengah update blog dan online facebook. Selamat malam, mimpi indah ye :)

Wednesday, April 11, 2012

dear FUTURE HUSBAND.

Sebelum tidur malam, selalu berangan memiliki pasangan hidup yang baik. Alangkah indahnya hidup andai disatukan dengan insan yang berhati luhur, baik, penyayang dan sebagainya. Saya pasti itu impian terindah bagi setiap gadis. Entah mengapa bila terfikir pasal teman sehidup semati, saya jadi takut. Takut tidak mampu menjadi permaisuri hati suami yang sempurna. Takut arjuna hati...

Dear future husband,


I need someone who will love me regardless of my past. I need someone to help me not regret what I did everyday of my life and help me forget and I need the someone to be you.

I know you are out there somewhere. I’ll be waiting for you. Forever if I have to.

I’m hoping that God will revel you to me soon because I need you and I know that I must seek God more in order for you but its hard. 




Semoga disatukan dengan insan yang mampu menjaga hatiku, menjaga keluargaku, dengan sebaiknya. :)

duhai payungku sayang

Alkisah tiba-tiba teringat pada payung-payungku yang selalu menghilang. uhhh. Malang nasib payung-payungku. Setiap sem hilang! Sebenarnya tertinggal di mana-mana jew. Cuainye tuan payung nih. Boleh je tertinggal payung dalam bas, bilik kuliah, kedai, cafe. hurm...kenapalah aku ni terlupa bebeno? Kesian kot kat payung-payung comey ku tuh. Ok. Kenapalah malam ni aku teringat kembali kat payung-payung tu ye? Selamat tinggal payung. Semoga baik-baik je di samping tuan baru ataupun tong hijau. 


Tsunami Lagi!

Tepat pukul 4.30 petang tadi, kepala berasa bergegar. Terus digoyang-goyang kepala. Mungkin pening! Online facebook, Oh My God! Ramai rakan facebook post status berkenaan Tsunami di Acheh. Ada yang post rasa bergegarlah, bergoyanglah dan sebagainya. Aku yang tengah syok layan cerita Bella Callamidades keluar masuk bilik. Takut! huhu! berjalan mundar mandir di bilik, berpeluh je. Online facebook dah tak berminat. Nak p kfc ngan kawan terpaksa ditunda. Lepas pray, hati pun menjadi tenang. Thanks god. 

Antara post yang dibaca dari facebook:



Difahamkan bangunan sekitar kolej KHAR/KUO juga turut menerima gegaran kesan daripada gempa di Acheh sebentar tadi. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN..


Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
Astarfirullah..



Info dari Student Malaysia di Acheh

Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.

Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.

TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)


‎8.7 quake off Indonesia. Tsunami watch for entire Indian Ocean. - Stay away from the beach, tsunami warning for Penang, Kedah, Perlis, Perak. #prayforeveryone



Pelajar di sekitar kolej KHAR, KUO,(termasuk saya) panik sebentar tadi akibat bangunan kolej kediaman mereka bergegar..Semua pelajar di arahkan turun untuk langkah keselamatan,,,

Gegaran ini berpunca daripada Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia

Semoga semua dalam keadaan selamat..AMIN..




Semoga semuanya baik-baik sahaja. Pray for everyone. Amen.