Wednesday, July 11, 2012

kehidupan di SM SAINS TAPAH

Pejam celik pejam celik dah hampir sebulan @ 4 minggu menjalani latihan mengajar di SM SAINS TAPAH. Dugaan, cabaran memang banyak la, tak tau nak kata apa. Sabo je la kan? Hari pertama di sini, not bad la, semua ok, guru-guru semua baik, peramah dan tidak lokek memberikan tunjuk ajar dan ilmu. Murid-murid pula baik-baik semua, peramah dan yang paling penting, sangat berdisiplin. Kecut perut tengok! Belum lagi masuk kelas. Haaa…ok, first day ( 25 Jun 2012 ), masuk bilik PK 1 dan terus diberikan jadual waktu mengajar, 14 jam dalam seminggu. OMG! Ajar BM untuk form 2 dan form 4 dan Sivik form 4. Pengsan! Hahaha. Masih ingat lagi kata-kata PK 1 first day kat sekolah:


“ Kamu semua jangan takut, student semua ok. Kamu buat yang terbaik, kamu harus berasa seronok mengajar, bila kamu seronok, kamu tidak akan berasa terbeban dan enjoy”.

Ok. Mesti rasa seronok ye!

Lepas tu, tanpa segan bertanya “cikgu, hari ni kena masuk kelas ke?

ye. Kamu kena masuk kelas. Ikut jadual yang kamu dapat tadi

errr….cikgu, kami tak ready lagi…rph tak buat lagi

Ok. Saya yang cakap tu. Tanpa segan mengaku tak ready lagi nak ngajar.haha

tak pa. masuk je kelas. Kamu ajar apa yang patut”.

Gulppp! Seriously takut dan tak ready lagi. Macam mana ni?
Kelas pertama yang aku masuk ialah tingkatan 2 Ixora. Dup dap dup dap. Makin menghampiri kelas makin tak keruan jadinya. Masuk je kelas, aku tergamam la sebab student ingat aku orang Islam, jadi diorang bagi la salam. Kecut perut aku. Haha. Hanya mampu tersenyum padahal kaki rasa bergegar. Lepas tu, sesi berkenalan pun bermula.

Memandangkan cikgu baru kat sini, cikgu mahu berkenalan dengan kamu semua. Boleh tak?”
“bolehhhhh”. Serentak mereka jawab. Macam teruja jer. Hahaha…

“kamu mahu cikgu perkenalkan diri cikgu dulu ke kamu yang perkenalkan diri kamu dulu?”

“cikguuuuuuuuuuuuuuuuuu”.

Haha. Menyesal tanya.

“baiklah, nama cikgu Emilya. Cikgu berumur 23 tahun, berasal dari Sarawak, cikgu beragama Kristian”

Murid-murid senyum dan gelak. Haha, mereka ingat saya orang Islam. Ok, lepas tu macam-macam lagi soalan cepumas yang mereka tanya. Jenuh la menjawab.

“cikgu dah kawen ke belum?, cikgu minat K-pop tak? Cikgu minat kaler ape? Cikgu makan ulat sagu tak?

Hahaha. Bermacam-macam lagi soalan yang mereka tanya. Berdasarkan pemerhatian saya, mereka baik, peramah dan berdisiplin. Pandai juga tu. Biasalah, pelajar berasrama penuh katakan. Hari pertama mengajar, saya tak tahu nak ngajar apa, buku teks pun belum ambik lagi, last-last ngajar komsas. Haha, prosa tradisional “Raja Muda”. Di bawah ni gambar pertama yang saya ambik pertama kali masuk kelas 2 Ixora.




Petang tu pulak, sesi mengangkut barang dari rumah sewa ke asrama ( rumah warden ). Kami mengambil keputusan untuk tinggal di asrama untuk memudahkan lagi urusan di sekolah. Rumah yang sangat besar untuk 4 orang je. Haha, 3 bilik. saya duk kat bilik tengah. Syok la bilik besar gedabak. Ruang tamu pun besar. Untung la…tak bayar walau seposen pun tinggal kat sini. J Inilah gambar rumah kami, hehehe