Saturday, November 26, 2011

WONDERFUL BIRTHDAY 2011

I love u hubby :)
with him :)
thanks for the cute cake hubby :)
hi :)
me :)
my 2nd beautiful cake! a great surprised from pat, pp and nia. love them :)
I'm 22 years old :)
thats me :)
with ar, setiri and elem :)
my first nice cake. luv it! thanks elem, setiri and ar :)
13 Oktober 2011, umurku genap 22 tahun. Dah tua ke? Ke comey lg? hihi. Sangat bersyukur kerna diberi kesempatan untuk menghirup udara ciptaan-Nya. Thanks god! Terima kasih tak terhingga kepada kawan-kawan yang wishes hari tu. Sangat-sangat menghargai tau! Semoga kita semua sentiasa diberkati Tuhan dalam setiap apa yang kita lakukan setiap hari. Semoga juga sentiasa diberikan ketenangan walaupun terpaksa berhempas pulas dengan tugasan di kampus. Semoga Berjaya dalam hidup ye kawan-kawan J

Ulang tahun kelahiran kali ini membuat aku sangat terharu! Kali ini aku dapat 3 biji kek yang cute-cute. Cantek molek! My fren is so sweet! They are really good liar u knoe! Hahhaaa Yawww! What a great surprise dear fren! Tak nak cerita panjang-panjang. Just tengok gambar-gambar yerrr J

First, Birthday disambut bersama roommate, elem dan jiran, setiri n ar. Thanksss so much frenz! Luv3! Thanks for the nice cake! Second, birthday party disambut bersama my BFF, Pat, pp and nia. Thanks for the beautiful cake! Love them so much!!! I’m really really surprisedddd! Thanks a lot dear fren! Muahhh ! and lastly, birthday disambut bersama cinta hatiku. Hehehe. Thanks for the cute cake hubby! I love u wholeheartly! Thanks for the really really gorgeous necklace. Luv it hubby!

Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir

malam persembahan membaca puisi mengenang kembali tokoh-tokoh pahlawan Perak yang terpinggir
bersama guru-guru Sk. Toh Johan, Taiping
bersama Ain di Safari Night Taiping
:)
bersama mak dan adik angkat :)
paling best time ni. makan makan makan!
wif reenu, kin & komate :)
mak cik & pak cik saya :)
Bersama mak, ayah angkat & adik angkat, Ain :)
Kenangan bersama mak & ain :)

Pada 14-16 Oktober yang lalu, kami pergi ke Trong, Taiping, Perak untuk menghadiri Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir yang bertempat di SK. TOH JOHAN, TRONG, TAIPING. Seramai 79 orang pelajar mengikuti program tersebut ( Major dan minor Kesusasteraan Melayu ). Saya merupakan pelajar minor sastera dan berkesempatan mengikuti program yang sangat bermakna ini. Kami diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing sesampainya di sana. Memang terujalah sebab dapat mak dan ayah angkat kan? Hehe. Hanya 2 orang pelajar ditempatkan dalam satu keluarga angkat. Mak dan ayah angkat saya sangatlah baik. Adik angkat saya ialah Ain. Hehe. Memang seronok sangat dapat keluarga angkat yang baik hati dan penyayang. Hari pertama sampai sana keluarga angkat bawa jalan-jalan di Bandar Taiping. Singgah di Safari Night Taiping lagi tu. Ayah angkat yang belanja. Rasa seronok sangat. Rasa macam mak dan ayah sendiri pulak! Lepas tu, mak dan ayah belanja makan pulak. Pekena Yong Tau Fu, kerang rebus dan ABC special la pulak! Sedap sangat! Kami borak-borak la. Mak dan ayah angkat saya mesra sangat tau. Rasa tak kekok pulak even first time jumpa. Lepas tu, barulah kami balik rumah. Pukul 12 lebih balik rumah. Sampai rumah hamper pukul 1 pg. memang best la.

Hari kedua kami banyak menghabiskan masa di Dewan SK TOH JOHAN untuk menghadiri seminar. Dari pagi sampai petang kot. Boring la jugak. Tambah mengantuk tahap apa ntah. Haha. Apa lagi? Saya dan ain balik je rumah keluarga angkat. Makan. Pastu tido. Haha. Jahat kan? Malam tu ada Malam Semarak Seni pulak di SK TOH JOHAN. Malam persembahan pelajar UPSI dan penduduk Trong. Kami mendeklamasikan sajak bertemakan tokoh-tokoh Perak yang terpinggir manakala penduduk Trong membuat persembahan seperti nyanyian, tarian dan mendeklamasikan sajak. Memang hangat la Malam Semarak Seni hari tu!

Hari ketiga kami melawat tempat-tempat bersejarah di Trong, Perak. Antaranya, makam Toh Johan, muara Sg. Trong, Sg. Limau. Paling best, kami dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin. Hehe. Jadi, kami tak mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata. Setiap masa ambik gambar untuk kenang-kenangan di hari tua kelak. Best giler la Bandar warisan ni. Lain kali nak singgah lagi bila berkesempatan. Kira-kira pukul 2.30 petang kami bertolak balik ke kota keriangan Tg. Malim. Penat tak terkata tetapi kami gembira kerana diberi peluang menyelusuri Bandar warisan ini. Banyak pengalaman yang berguna telah kami perolehi sebagai bekalan semasa menjadi warga pendidik kelak. Semoga lambaian bumi Taiping akan membawa kami kembali ke sana nanti. Terima kasih tak terhingga kepada Prof. Talib Samat selaku pensyarah subjek Prosa Melayu atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Sesungguhnya , saya amat mengagumi jasa beliau sebagai tokoh pengarang yang telah banyak menghasilkan buku-buku yang sangat beguna khasnya kepada kami sebagai bakal pendidik kelak. Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat mencontohi beliau.

*Ketika entri ini ditulis, saya sangat merindui mak dan ayah angkat saya di sana. Semoga mereka sihat senantiasa dan dimurahkan rezeki*

Saya Kembali lagi dengan senyuman bahagia :)


Hai! Lama sudah tak update blog ni. Sibuk memanjang dengan assignments kan! Huhu. Semuanya gara-gara assignmts, tak sempat la nak update. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Banyak cerita yang nak dikongsikan bersama sebenarnya. Sangat banyak. Tak tau nak cerita yang mana satu dulu. Hehe. Jap g ek nak story mory kisah kite beberapa bulan lepas J. Banyak kisah yang menggembirakan, menyedihkan telah berlalu dalam hidup. Hargailah apa yang kita ada hari ini kerana kita berkemungkinan akan kehilangan apa yang kita ada buat selama-lamanya esok hari. Senyumlah kawan-kawan agar hidup lebih bermakna :)