“ Kamu semua jangan takut, student semua ok. Kamu buat yang terbaik, kamu harus berasa seronok mengajar, bila kamu seronok, kamu tidak akan berasa terbeban dan enjoy”.
Wednesday, July 11, 2012
kehidupan di SM SAINS TAPAH
“ Kamu semua jangan takut, student semua ok. Kamu buat yang terbaik, kamu harus berasa seronok mengajar, bila kamu seronok, kamu tidak akan berasa terbeban dan enjoy”.
Saturday, June 23, 2012
selamat datang ke Tapah
Friday, May 11, 2012
Happy Mother's Day Mak
Thursday, April 12, 2012
Petir, Petir please GO AWAY!
Akhirnya, selamat sampai di rumah dalam keadaan basah-basahan. Thanks God. Sekarang tengah update blog dan online facebook. Selamat malam, mimpi indah ye :)
Wednesday, April 11, 2012
dear FUTURE HUSBAND.
I need someone who will love me regardless of my past. I need someone to help me not regret what I did everyday of my life and help me forget and I need the someone to be you.
I know you are out there somewhere. I’ll be waiting for you. Forever if I have to.
I’m hoping that God will revel you to me soon because I need you and I know that I must seek God more in order for you but its hard.
duhai payungku sayang
Tsunami Lagi!
Antara post yang dibaca dari facebook:
Difahamkan bangunan sekitar kolej KHAR/KUO juga turut menerima gegaran kesan daripada gempa di Acheh sebentar tadi. Semoga semuanya dalam keadaan selamat. AMIN..
Tsunami sudah melanda Pulau Simeulu dengan ketinggian 6 meter. Kelajuan ombak selepas gempa bumi yang akan melanda bandar aceh sebentar lagi adalah 756 km/j. Ombak tsunami dijangka tiba di Georgetown pada 9:11 PM dan Port Dickson pada 2:10 AM.
Astarfirullah..
Info dari Student Malaysia di Acheh
Update Gempa di Aceh : Doakan kami student Malaysia di sini selamat. Sekarang dalam operasi menyelamatkan diri. Muslimat telah kami pindahkan ke Masjid Unsyiah. Untuk Muslimin mereka telah pergi ke tempat yang jauh dari kawasan Darussalam dan pusat kota.
Kami telah maklumkan ke Konsulat di Medan dan Kedutaan di Jakarta.
TERBARU: Doakan kami, air sedang naik ke tanah tinggi. (Sumber : Abdullah Hakimi)
8.7 quake off Indonesia. Tsunami watch for entire Indian Ocean. - Stay away from the beach, tsunami warning for Penang, Kedah, Perlis, Perak. #prayforeveryone
Pelajar di sekitar kolej KHAR, KUO,(termasuk saya) panik sebentar tadi akibat bangunan kolej kediaman mereka bergegar..Semua pelajar di arahkan turun untuk langkah keselamatan,,,
Gegaran ini berpunca daripada Gempa bumi berukuran 8.9 magnitud yang menggegar Aceh pada jam 4.38 petang (Waktu Malaysia). Amaran tsunami turut dikeluarkan oleh Agensi Geofizikal Indonesia. Orang ramai diminta menjauhi kawasan pantai sehingga amaran Tsunami ditarik balik. Gegaran tersebut turut dirasai di Kelantan, Pahang, Melaka, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor. - Jabatan Meteorologi Malaysia
Semoga semua dalam keadaan selamat..AMIN..
Monday, April 9, 2012
hai hai hai
Saturday, December 3, 2011
Happy Birthday Hubby

Saturday, November 26, 2011
WONDERFUL BIRTHDAY 2011




Ulang tahun kelahiran kali ini membuat aku sangat terharu! Kali ini aku dapat 3 biji kek yang cute-cute. Cantek molek! My fren is so sweet! They are really good liar u knoe! Hahhaaa Yawww! What a great surprise dear fren! Tak nak cerita panjang-panjang. Just tengok gambar-gambar yerrr J
Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir

Pada 14-16 Oktober yang lalu, kami pergi ke Trong, Taiping, Perak untuk menghadiri Seminar Memperkasakan Semula Tokoh-tokoh Pahlawan Perak Yang Terpinggir yang bertempat di SK. TOH JOHAN, TRONG, TAIPING. Seramai 79 orang pelajar mengikuti program tersebut ( Major dan minor Kesusasteraan Melayu ). Saya merupakan pelajar minor sastera dan berkesempatan mengikuti program yang sangat bermakna ini. Kami diagih-agihkan kepada keluarga angkat masing-masing sesampainya di sana. Memang terujalah sebab dapat mak dan ayah angkat kan? Hehe. Hanya 2 orang pelajar ditempatkan dalam satu keluarga angkat. Mak dan ayah angkat saya sangatlah baik. Adik angkat saya ialah Ain. Hehe. Memang seronok sangat dapat keluarga angkat yang baik hati dan penyayang. Hari pertama sampai sana keluarga angkat bawa jalan-jalan di Bandar Taiping. Singgah di Safari Night Taiping lagi tu. Ayah angkat yang belanja. Rasa seronok sangat. Rasa macam mak dan ayah sendiri pulak! Lepas tu, mak dan ayah belanja makan pulak. Pekena Yong Tau Fu, kerang rebus dan ABC special la pulak! Sedap sangat! Kami borak-borak la. Mak dan ayah angkat saya mesra sangat tau. Rasa tak kekok pulak even first time jumpa. Lepas tu, barulah kami balik rumah. Pukul 12 lebih balik rumah. Sampai rumah hamper pukul 1 pg. memang best la.
Hari kedua kami banyak menghabiskan masa di Dewan SK TOH JOHAN untuk menghadiri seminar. Dari pagi sampai petang kot. Boring la jugak. Tambah mengantuk tahap apa ntah. Haha. Apa lagi? Saya dan ain balik je rumah keluarga angkat. Makan. Pastu tido. Haha. Jahat kan? Malam tu ada Malam Semarak Seni pulak di SK TOH JOHAN. Malam persembahan pelajar UPSI dan penduduk Trong. Kami mendeklamasikan sajak bertemakan tokoh-tokoh Perak yang terpinggir manakala penduduk Trong membuat persembahan seperti nyanyian, tarian dan mendeklamasikan sajak. Memang hangat la Malam Semarak Seni hari tu!
Hari ketiga kami melawat tempat-tempat bersejarah di Trong, Perak. Antaranya, makam Toh Johan, muara Sg. Trong, Sg. Limau. Paling best, kami dijemput untuk menghadiri kenduri kahwin. Hehe. Jadi, kami tak mensia-siakan rezeki yang ada di depan mata. Setiap masa ambik gambar untuk kenang-kenangan di hari tua kelak. Best giler la Bandar warisan ni. Lain kali nak singgah lagi bila berkesempatan. Kira-kira pukul 2.30 petang kami bertolak balik ke kota keriangan Tg. Malim. Penat tak terkata tetapi kami gembira kerana diberi peluang menyelusuri Bandar warisan ini. Banyak pengalaman yang berguna telah kami perolehi sebagai bekalan semasa menjadi warga pendidik kelak. Semoga lambaian bumi Taiping akan membawa kami kembali ke sana nanti. Terima kasih tak terhingga kepada Prof. Talib Samat selaku pensyarah subjek Prosa Melayu atas segala bimbingan dan tunjuk ajar yang telah diberikan. Sesungguhnya , saya amat mengagumi jasa beliau sebagai tokoh pengarang yang telah banyak menghasilkan buku-buku yang sangat beguna khasnya kepada kami sebagai bakal pendidik kelak. Semoga saya dan sahabat-sahabat semua dapat mencontohi beliau.
*Ketika entri ini ditulis, saya sangat merindui mak dan ayah angkat saya di sana. Semoga mereka sihat senantiasa dan dimurahkan rezeki*
Saya Kembali lagi dengan senyuman bahagia :)

Hai! Lama sudah tak update blog ni. Sibuk memanjang dengan assignments kan! Huhu. Semuanya gara-gara assignmts, tak sempat la nak update. Apa khabar semua? Semoga sihat-sihat selalu. Banyak cerita yang nak dikongsikan bersama sebenarnya. Sangat banyak. Tak tau nak cerita yang mana satu dulu. Hehe. Jap g ek nak story mory kisah kite beberapa bulan lepas J. Banyak kisah yang menggembirakan, menyedihkan telah berlalu dalam hidup. Hargailah apa yang kita ada hari ini kerana kita berkemungkinan akan kehilangan apa yang kita ada buat selama-lamanya esok hari. Senyumlah kawan-kawan agar hidup lebih bermakna :)
Sunday, October 9, 2011
I got the cutest one ( limited Edition )^^

Syukurlah. Tercapai juga hasrat di hati. Happy sangat2 tau. Nak tau saya beli ape? Hehe. Saya beli henset baru. Sony vivaz u5. Saja nak heboh kat sini. Hehe. Dari sem lepas minat giler kat henset ni tau. Hari tu tak tahan sangat tengok henset ni, pastu beli with my hubby laa…hehe. Beli kat Low Yatt. Beli time jalan-jalan ngan hubby minggu lepas ( 1 oct 2011 ). Jatuh hati sangat2 kat henset ni, dah la pink in colour. Adesss…tak nak la pikir panjang lagi. Beli je la. Tak mahal mana pun…dah keja nnt nak juga beli Iphone satu. Hehe. Mula la sakai bila ada henset baru. Biasa la kan. Haha…ok nanti sambung citer balik. Nak wat keja skit. Bubye~
Saturday, October 8, 2011
Saya rasa sangat bersalah
Semua tak jadi. Serba tak kena. Saya tak tentu arah hari ini. saya rasa sangat bersalah. Tolong maafkan saya hubby. Janji tak buat lg.
Friday, October 7, 2011
Saya PENAT
Selamat malam kawan-kawan J
Moga sihat-sihat semua ye. Lama dah tak jenguk blog ni. Rindu rasanya. Semuanya gara-gara kesibukan, biasalah student life kan? Banyak sangat assignment yang perlu disiapkan ketika ini. Penat sangat Pening dibuatnya. Huh! Sabar je la…nak buat macam mana kan? Nak tak nak kena siapkan jugak. Sekarang tengah cipta sajak tau. Pasal Toh Johan. Kenal tak Toh Johan? Hehe. Aku baru kenal la. Itu pun Pensyarah yang bagi serba sedikit maklumat. Toh Johan merupakan seorang pahlawan daerah Trong suatu ketika dahulu. Daerah Trong tu di Perak yerr…hehe. Alahai, tengah memerah otak ni. Idea tak muncul-muncul la pulak. Okay. Nak beredar dulu la. Jumpa lagi J
Monday, September 26, 2011
saya sengal hari ni

hai kawan2! semoga sihat2 yah. saya nak kngsi citer ngan kawan2 semua kisah sengal saya hari ni. ( 26 Sept 2011 ). Saya sangat mengantuk hari ni tau. Kelas sgtlah tak padat yer...hahah. Semput skit la hari ni. Berkejar ke sana ke mari. Penat. huhu. Mana taknya. klas dari pukul 8am--->7pm. hampir 12 jam kot. Penat giler tambah mengantuk tahap apa ntah. Tersenguk2 kot. Haha. Jadi, saya dan sorang kawan ni buatlah satu game. Main BINGO. Korang pon pasti pernah main kan? hahaa. Jadi, rasa mengantuk pun hilang. hehe. Lect sdg sibuk di depan saya tengah syok di belakang main BINGO. haha. Memang otak tak dpt terima la dari pagi smpai petang dengar lect membebel. Langsung tak masuk! Tu la pasal sengal skit la nak wat assgnmt yg satu ni. okay. setakat ni dulu yg saya nak citer. Take care ya! :)
Sunday, September 25, 2011
I luv Korean Trendy Clothes








Hai. Saya dtg lg! Kali ni post pasal pakaian pilihan saya pulak. cantik2 kan? Ramai gadis sekarang memilih trend berpakaian style Korean. Rambang mata saya tengok baju2 kat atas tu. hihi. kawan2 pilihlah mana satu yang berkenan di hati yer. Good night :)




