Friday, May 11, 2012

Happy Mother's Day Mak

Berada jauh di perantauan sangat menguji aku sebagai seorang anak yang manja dalam keluarga. boleh dikatakan setiap hari bergayut di telefon dengan mak dan ayah. sayu rasa hati bila berasa sedih, sesuatu menggangu fikiran, mak dan ayah tiada di sisi sebagai peneman setia. memang tangisan menjadi peneman. esok hari ibu. tapi, anak mak berada jauh dari mak. sedih. sedih. sedih. hanya ungkapan di kejauhan mampu anakmu beri. Selamat Hari Ibu, Mak. sesungguhnya, mak adalah insan terbaik yang hadir dalam hidupku. mak cukup sempurna di mata dan hatiku. walaupun mak jauh di mata, namun mak tetap di hatiku dulu, kini dan selama-lamanya. Terima kasih mak kerana berjaya mendidik anak mak dengan baik sehingga ke saat ini. Segala nasihat yang mak berikan akan tersemat utuh dalam ingatan. Akanku janjikan segulung ijazah buat mak dan ayah setahun akan datang. May God Bless You always mak. Anak mak senantiasa berdoa untuk mak dari jauh. Salam sayang dari anak mak yang sedang merindu. Selamat Hari Ibu, mak. Aku kagum punya ibu seperti mak.

No comments:

Post a Comment