Saturday, May 7, 2011

Selamat Hari Ibu, Mak....

8 May 2011...Selamat Hari Ibu, Mak...sy syg mak sgt2. Bagi sy, hari ibu disambut setiap hari. Tiap hari sy bergayut ngan mak. Hari ibu sy jauh dari mak. Mak kat Sarawak...sy rindu kat mak. Terima kasih mak. Jasamu dikenang hingga akhir hayat. Jasamu tak terbalas mak. Tiada ternilai jika dibanding dengan wang ringgit. Sejak lahir mak manjakan sy hingga kini. Kini umur sy hampir mencecah 22 tahun, mak masih manjakan sy, masih memeluk, mencium, dan membelai sy...mak sentiasa berusaha untuk memenuhi permintaan sy. Mak juga sentiasa buatkan yang terbaik untuk sy dan adik2. Sy btul2 rindukan mak skrg...:(...masalah sy akan selesai jika bersama mak. Berjauhan begini sy teruji...cabaran buat sy bila semuanya sy buat sendiri tanpa ada mak. Selama 4 bulan lebih sy menyelesaikan masalah sendiri, membuat segalanya sendiri tanpa mak. Cuti ni nanti sy akan sentiasa di sisi mak, tak nak jauh...sy nak tidur dlm pelukan mak seperti selalu. Mak, Terima kasih tak terhingga kerna telah membesarkan anakmu seperti sekarang ni. Sy tak mungkin berada di sini tanpa mak. Maklah sumber inspirasi sy. Sy berjanji akan belajar bersungguh2 di sini. Sy tak akan menghampakan harapan mak dan ayah...Terima kasih mak...sesungguhnya, maklah yg terbaik di dunia bagi sy dan maklah yang tercantik di mata sy...terima kasih mak...nantikan kepulangan anakmu ini....

*menulis di blog sambil berguguran air mata, mak....sy rindu mak sgt2....*

No comments:

Post a Comment