Saturday, March 19, 2011

Malang Tidak Berbau

keadaan depan motor kawan slps kejadian
:(
keadaan bumper krta kancil makcik slps kejadian
maafkan kami makcik dan pakcik :(
Hari ini dalam sejarah. huhuhu...saya ada cerita nak dikongsikan pada malam ni. Cerita yang agak mentraumakan saya yang berlaku pada petang tadi di pekan Tg.Malim. Saya agak trauma sebab sebelum ni saya tidak pernah terlibat dengan kemalangan pun! Petang tadi, saya dan kawan berniat nak pergi pasar malam memandangkan pada setiap hari sabtu ada pasar malam di pekan. Saya dan kawan naik motor. Kawan yang bawa motor. Bukan saya. Saya tak reti bawak motor. heehee...dipendekkan cerita, kawan saya secara tidak sengaja terlanggar kereta di hadapan kami tu.huhu...hal ini disebabkan kereta yang dibawa oleh makcik tu tiba-tiba berhenti. MEMANG SECARA MENGEJUT! huhuu...kawan saya tak sempat menekan brek motornya. Saya di belakang sangat la terkejut sebab badan saya yang kecik ni terangkat skit.huhuhu...makcik tu pun keluar dari kereta bersama anaknya. Saya dan kawan agak takut juga. Takut kena marah..apa ke..huhu..nasib baik mak cik tu baik dan kami bersyukur kerana makcik dan pakcik yang baik tu tak mengenakan bayaran. Thanks so much pakcik dan makcik, dan anaknya juga!


* Thanks god, kami selamat dari apa-apa yang tidak diingini *


* Pengajaran buat kami berdua hari ini: berhati-hatilah. Biar lambat asal selamat! Dan buat kawan2 juga. Ingatlah orang yang tersayang. Okay :) *


No comments:

Post a Comment